Wednesday, 26 October 2011

Logo Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Segamat Johor

1)      REKABENTUK
Lambang ini berbentuk perisai yang mana hampir keseluruhannya berwarna unggu serta mempunyai enam bucu, iaitu tiga bucu di atas, dua bucu masing-masing di kiri dan kanan yang hampir dengan bahagian atas lambang dan satu bucu tirus di bawah. Di tengahnya terdapat bulatan besar berwarna kuning. Di dalam bulatan tersebut terdapat sebuah binaan masjid berwarna unggu yang mempunyai kubah serta menara yang bersebelahan denganya. Di bawah bulatan tersebut terdapat sejalur reben kuning yang tertulis perkataan daripada bahasa arab فاستبقوا الخيرات yang bermaksud “berlumba-lumbalah membuat kebaikan”. Di antara bulatan dan reben pula, kelihatan sebuah buku berwarna putih, sebatang pena dan dakwat pena berwarna gelap. Pada bahagian atas bulatan pula, tertulis perkataan “berlumba-lumbalah membuat kebaikan” yang melengkung ke arah bawah seolah-olah menaungi bulatan dan di atasnya juga terdapat perkataan daripada bahasa arab الملتقى خريج المدرسة الثانوية الدينية الخيرية بسجامت yang bermaksud Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Segamat itu sendiri.

2)      KETERANGAN

           Warna unggu pada lambang tersebut membawa maksud kecemerlangan, keberanian, kemeriahan dan keprihatinan. Warna putih pula memberi erti kebersihan, amanah, kejujuran, keikhlasan dan kebijaksanaan. Pada lambang juga terdapat warna hitam yang bermakna kegigihan, kesetiaan dan kecekalan. Warna yang terakhir iaitu warna kuning yang bermaksud ketaatan, kenegaraan, ketaqwaan dan keriangan.

Lambang ini berbentuk perisai yang mana hampir keseluruhannya berwarna unggu serta mempunyai enam bucu, iaitu tiga bucu di atas, dua bucu masing-masing di kiri dan kanan yang hampir dengan bahagian atas lambang dan satu bucu tirus di bawah. Perisai melambangkan kekuatan dan perlindungan terhadap kebajikan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Segamat Johor. Manakala tiga bucu di atas perisai merujuk kepada moto Pertubuhan ini iaitu Islamik, Intelektual dan Inspirasi. Dua bucu iaitu di kiri dan kanan merujuk kepada misi dan visi Pertubuhan yang satu iaitu “Jalinan Ukhuwah Islamiah Yang Diredoi Allah” dan satu bucu dibawah merujuk kepada aspirasi Pertubuhan Iaitu “Ke Arah Membentuk Kepimpinan Islamik Dan Intelektual. Di tengahnya terdapat sebuah bulatan besar berwarna kuning yang bermaksud keutamaan terhadap ilmu pengetahuan sejagat.
Di dalam bulatan tersebut terdapat sebuah binaan masjid berwarna unggu yang mempunyai kubah serta menara yang bersebelahan denganya yang memberi makna ilmu, aliran sekolah serta seruan kepada mercu kecemerlangan. Di bawah bulatan tersebut terdapat sejalur reben kuning yang tertulis perkataan daripada bahasa arab فاستبقوا الخيرات yang bermaksud “berlumba-lumbalah membuat kebaikan”. Di antara bulatan dan reben pula, ke lihatan sebuah buku berwarna putih, sebatang pena dan dakwat pena berwarna gelap yang bermaksud fokus Pertubuhan kepada bakal cendiakawan, sumber rujuk dan kesusasteraan. Pada bahagian atas bulatan pula, tertulis perkataan “berlumba-lumbalah membuat kebaikan” yang melengkung ke arah bawah seolah-olah menaungi bulatan dan di atasnya juga terdapat perkataan daripada bahasa arab الملتقى خريج المدرسة الثانوية الدينية الخيرية بسجامت yang bermaksud Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Segamat itu sendiri.

1 comment: