Monday, 28 November 2011

Program Motivasi Al Quran : GENERASI AL QURAN 2011 "GEN Q 11"

GENERASI AL QURAN 2011
TEMA :

“MELAHIRKAN GENERASI AL QURAN YANG UNIK”

TARIKH :

 23 DISEMBER 2011 M HINGGA 25 DISEMBER 2011 M
BERSAMAAN
 27 MUHARAM 1433 H HINGGA 29 MUHARAM 1433 H


TEMPAT :

KEM KERSANI TRAINING AND CONSULTANCY,
1C, JALAN DERAUH, KAMPUNG BUMBUN, PEKAN
JABI, 85000, SEGAMAT, JOHOR.

ANJURAN :
PERSATUAN ALUMNI SMAKS
DENGAN KERJASAMA
KEM KERSANI TRAINING AND CONSULTANCY


TUJUAN
Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Segamat Johor (ASMAKS) merupakan pertubuhan yang telah berdaftar secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pendaftaran 0073-11-JHR. Sukacita dimaklumkan bahawa kami dengan kerjasama Kersani Training and Consultancy akan menganjurkan Program Generasi Al Quran 2011 “GEN Q 11” di Kem Kersani Training and Consultancy. Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan motivasi diri di kalangan para peserta serta meningkatkan kefahaman dan penghayatan kepada Al Quran disamping membina kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. Kertas kerja ini juga bertujuan untuk mendapatkan kelulusan perbelanjaan, syarikat, individu serta persatuan dan kelab.

OBJEKTIF
i) Bertujuan   memperkembangkan   kemahiran   sosial  para   peserta  agar   mampu menyumbang kepada masyarakat.
ii) Menyediakan peluang yang seluas-luasnya kepada para peserta untuk membentuk keyakinan diri serta membina kepercayaan orang lain.
iii) Menambah pengetahuan tentang konflik dalaman dan luaran yang sering berlaku kepada masyarakat di samping membolehkan para peserta belajar untuk menilai dan mengendalikan setiap situasi dengan penuh kematangan.
iv) Memberikan motivasi cemerlang di dalam akademik. 
v) Membentuk peribadi mulia, berfikiran positif, berdaya kreatif, produktif serta sentiasa berdaya tahan dan berdaya maju.
vi) Dapat melakukan dan menghayati amalan-amalan fardhu ainfardhu kifayah dan sunat dengan baik menerusi pelajaran amali.

PELAKSANAAN
3.1  “GEN Q 11”         : 23 Disember 2011-25 Disember 2011
      Lokasi             : Kem Kersani Training and Consultancy Segamat
3.2  Koordinator-(Sila rujuk lampiran 1 )
3.3  Tentatif Program-(Sila rujuk lampiran 2)
3.4  Implikasi Kewangan-(Sila rujuk lampiran 3)
3.5  Peserta- Berumur 10 Tahun hingga 17 Tahun.
3.6  Anjuran- Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Segamat (ASMAKS)

PENUTUP
Kami pihak penganjur sangat berharap semoga program seumpama ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan, kefahaman dan pengalaman yang berguna kepada peserta program. Semoga program ini berjalan lancar dan mendapat rahmat Allah S.W.T. Kami juga menyeru seluruh anggota masyarakat Islam dan individu tertentu untuk menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun barangan bagi menjayakan program ini. Sebarang bentuk sumbangan dan bantuan bolehlah dibuat atas nama :

BENDAHARI
NAMA AKAUN : PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH AGAMA
AL KHAIRIAH SEGAMAT
NO. AKAUN : 551052313486 ( MAYBANK ISLAMIC )

Kami sangat berharap agar pihak-pihak berwajib dapat memberikan sokongan dan kerjasama yang sewajarnya dalam menjayakan program ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan, kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairan Jaza’.



TENTATIF PROGRAM "GEN Q 11"

HARI PERTAMA
TARIKH :                   MASA            :           AKTIVITI :
JUMAAT (23 DISEMBER 2011)                                                                        
                        2.30pm-3.00pm           Kehadiran Fasilitator / Peserta & Pendaftaran Peserta
                        3.00pm-3.30pm           Ucapan alu-aluan dan perasmian
                        3.30pm-4.00pm           Sesi Taklimat (peserta dan ibu bapa)
                        4.00pm-4.45pm           Taaruf Peserta / Solat asar
                        4.45pm-6.30pm           Pembahagian Kumpulan
                                                            (Ice Breaking&Ta‘aruf)
                        6.30pm-8.30pm           Makan Malam / Khidmat Diri / Solat Maghrib
                                                            Kuliah Maghrib
                                                            Tajuk   : “Pelajar Cemerlang, Gemilang & Terbilang”
                                                            Oleh    : Ir. Hj. Abdul Manaf bin Ismail
                                                            Solat Isyak
                        8.30pm-11.00pm         LDK 1
                                                            Tajuk : “Sayang Saya“
                        11.00pm-11.30pm       Minum Malam/Surah Mulk
                        11.30pm-4.30am         Menghayati Gelombang Delta Zzz.

HARI KEDUA
TARIKH :                   MASA            :           AKTIVITI : 
SABTU (24 DISEMBER  2011)       
                        4.30am-5.30am           Qiamullail / pengisian rohani
                        5.30am-7.30am           Solat Subuh
                                                            Tazkirah Subuh
                                                            Tajuk : Segera Bertaubat
                        7.30am-8.00am           Sarapan pagi
                        8.00am-3.00pm           Explorace / Game (Green Canyon Of Bumbun)
                        3.00pm-4.00pm           Khidmat Diri / Rehat
                        4.00pm-4.45pm           Solat Asar
                        4.45pm-6.30pm           Game “Kapal Lanun“
                        6.30pm-8.30pm           Makan Malam / Khidmat Diri / Solat Maghrib
                                                            Kuliah Maghrib
                                                            Tajuk   : “Contohi Rasulullah SAW”
                                                            Oleh    : Ust Mohd Amin bin Khidir
                                                            Solat Isyak
                        8.30pm-11.00pm         Tayangan (Cerita-cerita sejarah dan tauladan)
                        11.00pm-11.30pm       Minum Malam/Surah Mulk
                        11.30pm-4.30am         Menghayati Gelombang Delta Zzz.

HARI KETIGA
TARIKH :                   MASA            :           AKTIVITI :
AHAD (25 DISEMBER 2011)
                        4.30am-5.30am           Qiamullail / pengisian rohani
                        5.30am-7.30am           Solat Subuh
                                                            Bacaan Al Mathurat
                                                            Tazkirah Subuh -Tajuk : Senyum Selalu
                                                                                       - Oleh : Ust Fadzil Jalal
                        7.30am-8.00am           Khidmat diri
                        8.00am-9.00am           Solat Dhuha / Rehat / Sarapan pagi               
                        9.00am-9.30am           Ops Bersih
                        9.30am-12.00pm         Slot Muhasabah Diri
                        12.00pm-1.00pm         Majlis Perasmian Penutup
                                                            Oleh : Yang diPertua,
                                                                        Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Al                                                                               Khairiah Segamat
                                                                        Ust Mohd Firdaus bin Abdul Hamid
                        Bersurai

Program Mesyuarat Agung Khas Kali Pertama


PERSATUAN ALUMNI SMAKS
SEKOLAH MENENGAH  AGAMA AL-KHAIRIAH SEGAMAT,
JALAN HUSSIEN, 85000, SEGAMAT,
JOHOR DARUL TAKZIM
No.Tel:013-3795207 / No.Faks 07-9321494
Email: alumni_smaks@yahoo.com.my

MESYUARAT AGUNG
KHAS

TEMA :

“UKHUWWAH TERBINA, BAKTI TERLAKSANA”

TARIKH :

 17 DISEMBER 2011 M
BERSAMAAN
 21 MUHARRAM 1433 H

TEMPAT :

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL KHAIRIAH SEGAMAT

ANJURAN :
PERSATUAN ALUMNI SMAKS
DENGAN KERJASAMA
SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL KHAIRIAH SEGAMAT



MUKODDIMAH
            Setinggi rasa syukur dan pujian dipanjatkan kepada Allah kerana dengan limpah rahmatNya, peluang dan ruang yang diberikanNya, kami dapat menganjurkan program seumpama ini.
            Idea program ini telah dicetuskan sendiri oleh Ahli Majlis Persatuan Alumni SMAKS   (ASMAKS) dengan harapan agar para bekas pelajar S.M.A.K.S dapat menyemai bakti dan mengadakan pelbagai aktiviti seumpama ini, disamping mengeratkan hubungan antara bekas pelajar dengan warga S.M.A.K.S terutamanya guru-guru dan para pelajar yang masih belajar di Sek. Men. Agama Al-Khairiah Segamat. Setinggi rasa syukur dan pujian dipanjatkan kepada Allah kerana dengan limpah rahmatNya, peluang dan ruang yang diberikanNya, kami dapat menganjurkan program seumpama ini.
             Semoga program ini berjalan lancar dan diberkati Allah S.W.T.

OBJEKTIF
i)        Sebagai wadah perkumpulan bekas pemimpin pelajar  S.M.A.K.S.
ii)      Menanam perasaan mahabbah dalam kalangan bekas pelajar terhadap SMAKS.
iii)    Menjaga kebajikan bekas pelajar S.M.A.K.S.
iv)   Membentangkan laporan aktiviti dan kewangan tahunan ASMAKS
v)  Membincangkan usul dan cadangan daripada ahli Persatuan ASMAKS dan melatih ahli baru dalam kepimpinan.
vi)    Memberikan pendedahan awalan gerak kerja setiap lajnah.

TENTATIF PROGRAM

17 DISEMBER 2011 
        9.00 pagi                         : Ketibaan para jemputan
        9.30 pagi                         : Tayangan
      10.00 pagi-1.00 petang     : Mesyuarat Agong Khas Persatuan Alumni S.M.A.K.S. dimulakan:-
-          Ucapan Pengerusi persatuan sesi 2010-2012
-          Mengemukakan perkara berbangkit
-          Menerima dan membentangkan laporan Setiausaha
-          Menerima dan membentangkan laporan aktiviti tahunan
-          Menerima dan membentangkan laporan kewangan
-          Perbincangan usul dan cadangan.
-          Perlantikan juru audit kewangan sesi 2010/2012.
-          Hal-hal lain.
-          Penyampaian anugerah dan cenderahati
-          Cabutan nama bertuah
-          Persembahan slide show
-          Ucapan penangguhan Pengerusi
-          Bacaan doa.
-          Majlis ditangguhkan.
-          Majlis tamat dan Jamuan 



KOORDINATOR MESYUARAT AGUNG KHAS

PENAUNG
PENASIHAT
PENGARAH
TIMBALAN PENGARAH
SETIAUSAHA
TIMBALAN SETIAUSAHA
SETIAUSAHA KERJA 1
SETIAUSAHA KERJA II
BENDAHARI
TIMBALAN BENDAHARi
PENYELARAS PROGRAM
EKSEKUTIF PENYELARASAN PEMILIHAN CALON
EKSEKUTIF INDUKSI EXCO
EKSEKUTIF TEKNIKAL DAN PUBLISITI
EKSEKUTIF PENERBITAN
EKSEKUTIF CENDERAHATI DAN ANUGERAH
EKSEKUTIF JAMUAN
EKSEKUTIF TUGAS-TUGAS KHAS
EKSEKUTIF GERAI DAN JUALAN
EKSEKUTIF PROTOKOL DAN PERHUBUNGAN
EKSEKUTIF SPONSOR

PELAKSANAAN
            0.1  Tarikh-  17 Disember 2011 M Bersamaan Dengan 21 Muharram 1433 H
            0.2   Lokasi– Dewan Sek. Men. Agama Al Khairiah Segamat
0.3  Sasaran-300 Orang Ahli Persatuan Alumni SMAKS ( ASMAKS ) & Para jemputan.
0.4  Anjuran- Persatuan Alumni SMAKS dengan Sek. Men. Agama Al Khairiah Segamat


 SYOR 
Kami sangat berharap agar pihak-pihak berwajib dapat memberikan sokongan dan kerjasama yang sewajarnya dalam menjayakan program ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan, kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairan Jaza’.

PENUTUP
Kami pihak penganjur sangat berharap semoga majlis ini akan menambahkan lagi semangat persaudaraan serta merapatkan jurang antara Ahli Persatuan ASMAKS disamping sebagai medan untuk mereka bertukar-tukar pandangan,berkongsi ilmu pengetahuan, kefahaman dan pengalaman yang berguna. Semoga majlis ini berjalan lancar dan mendapat rahmat Allah S.W.T. Kami juga menyeru seluruh anggota masyarakat Islam dan individu tertentu untuk menghulurkan sumbangan sama ada dalam bentuk kewangan ataupun barangan bagi menjayakan program ini. Sebarang bentuk sumbangan dan bantuan bolehlah dibuat atas nama :

BENDAHARI
NAMA AKAUN : PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH AGAMA
AL KHAIRIAH SEGAMAT
NO. AKAUN : 551052313486 ( MAYBANK ISLAMIC )

Kami sangat berharap agar pihak-pihak berwajib dapat memberikan sokongan dan kerjasama yang sewajarnya dalam menjayakan program ini. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan, kami dahului dengan ucapan Jazakumullah Khairan Jaza’.

 PEJABAT URUSAN
  Sebarang masalah dan pertanyaan hendaklah dirujuk kepada :
            MOHD FIRDAUS BIN ABDUL HAMID
            Pengarah,
            Program Mesyuarat Agong Khas
            Persatuan Alumni SMAKS (ASMAKS)
017-3127729

Wednesday, 26 October 2011

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Segamat Johor


Saban tahun, Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Segamat S.M.A.K.S telah berjaya menghasilkan produk pelajar yang terbilang. Namun, apa yang menyedihkan ialah sebilangan besar keluaran pelajar yang berjaya ini mengganggap dirinya sudah tidak terikat lagi dengan bekas sekolah, lalu bersikap untuk tidak mengambil cakna dengan keadaan sekolah, malah ada yang bersikap lepas tangan.
Atas kesedaran inilah, kami berhasrat untuk menubuhkan Badan Bergerak Sementara Persatuan Alumni S.M.A.K.S sebagai satu perintis untuk merialisasikan Persatuan Alumni S.M.A.K.S serta  memastikan hubungan antara bekas pelajar S.M.A.K.S tidak terputus daripada sekolah walaupun masing-masing telah membawa haluan yang berbeza, atas dasar ingin melihat sekolah ini terus terbilang dari segi pencapaian akademik dan nilai-nilai integriti yang tinggi dipandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Logo Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Segamat Johor

1)      REKABENTUK
Lambang ini berbentuk perisai yang mana hampir keseluruhannya berwarna unggu serta mempunyai enam bucu, iaitu tiga bucu di atas, dua bucu masing-masing di kiri dan kanan yang hampir dengan bahagian atas lambang dan satu bucu tirus di bawah. Di tengahnya terdapat bulatan besar berwarna kuning. Di dalam bulatan tersebut terdapat sebuah binaan masjid berwarna unggu yang mempunyai kubah serta menara yang bersebelahan denganya. Di bawah bulatan tersebut terdapat sejalur reben kuning yang tertulis perkataan daripada bahasa arab فاستبقوا الخيرات yang bermaksud “berlumba-lumbalah membuat kebaikan”. Di antara bulatan dan reben pula, kelihatan sebuah buku berwarna putih, sebatang pena dan dakwat pena berwarna gelap. Pada bahagian atas bulatan pula, tertulis perkataan “berlumba-lumbalah membuat kebaikan” yang melengkung ke arah bawah seolah-olah menaungi bulatan dan di atasnya juga terdapat perkataan daripada bahasa arab الملتقى خريج المدرسة الثانوية الدينية الخيرية بسجامت yang bermaksud Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Segamat itu sendiri.

2)      KETERANGAN

           Warna unggu pada lambang tersebut membawa maksud kecemerlangan, keberanian, kemeriahan dan keprihatinan. Warna putih pula memberi erti kebersihan, amanah, kejujuran, keikhlasan dan kebijaksanaan. Pada lambang juga terdapat warna hitam yang bermakna kegigihan, kesetiaan dan kecekalan. Warna yang terakhir iaitu warna kuning yang bermaksud ketaatan, kenegaraan, ketaqwaan dan keriangan.

Lambang ini berbentuk perisai yang mana hampir keseluruhannya berwarna unggu serta mempunyai enam bucu, iaitu tiga bucu di atas, dua bucu masing-masing di kiri dan kanan yang hampir dengan bahagian atas lambang dan satu bucu tirus di bawah. Perisai melambangkan kekuatan dan perlindungan terhadap kebajikan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Segamat Johor. Manakala tiga bucu di atas perisai merujuk kepada moto Pertubuhan ini iaitu Islamik, Intelektual dan Inspirasi. Dua bucu iaitu di kiri dan kanan merujuk kepada misi dan visi Pertubuhan yang satu iaitu “Jalinan Ukhuwah Islamiah Yang Diredoi Allah” dan satu bucu dibawah merujuk kepada aspirasi Pertubuhan Iaitu “Ke Arah Membentuk Kepimpinan Islamik Dan Intelektual. Di tengahnya terdapat sebuah bulatan besar berwarna kuning yang bermaksud keutamaan terhadap ilmu pengetahuan sejagat.
Di dalam bulatan tersebut terdapat sebuah binaan masjid berwarna unggu yang mempunyai kubah serta menara yang bersebelahan denganya yang memberi makna ilmu, aliran sekolah serta seruan kepada mercu kecemerlangan. Di bawah bulatan tersebut terdapat sejalur reben kuning yang tertulis perkataan daripada bahasa arab فاستبقوا الخيرات yang bermaksud “berlumba-lumbalah membuat kebaikan”. Di antara bulatan dan reben pula, ke lihatan sebuah buku berwarna putih, sebatang pena dan dakwat pena berwarna gelap yang bermaksud fokus Pertubuhan kepada bakal cendiakawan, sumber rujuk dan kesusasteraan. Pada bahagian atas bulatan pula, tertulis perkataan “berlumba-lumbalah membuat kebaikan” yang melengkung ke arah bawah seolah-olah menaungi bulatan dan di atasnya juga terdapat perkataan daripada bahasa arab الملتقى خريج المدرسة الثانوية الدينية الخيرية بسجامت yang bermaksud Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Al Khairiah Segamat itu sendiri.